Assalamualaikum Wrt. Wbt. dan Salam Sejahtera,
Puan,
PERMOHONAN TEMPAHAN BILIK PERSIDANGAN CANSELORI SEMPENA LAWATAN PETRONAS RESEARCH SDN BHD
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk
Susulan daripada perbincangan di telefon, lawatan Petronas Research Sdn Bhd (PRSB) di atas akan diadakan pada ketetapan tarikh seperti berikut:-
Tarikh |
: |
16 - 17 April 2024 (Selasa - Rabu) |
Masa |
: |
3.00 petang - 5.00 petang |
Kehadiran PRSB |
: |
1.CCUS Department Head |
2.CCUS R & D Head |
||
3.Researcher Officer |
||
Kuantiti (USAINS & PRSB) |
: |
15 |
Sehubungan dengan ini, Usains Infotech Sdn Bhd (UISB) memohon untuk membuat tempahan Bilik Persidangan Canselori pada tarikh 16 April 2024, 3.00 petang - 5.00 petang bagi majlis di atas. Untuk makluman, pada 17 April 2024 sesi “Lab Visit” akan dikendalikan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program bagi lawatan tersebut sebagai rujukan pihak puan.
Kerjasama dan perhatian puan dalam perkara didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
b/p
Nathalie Yong Moi Yin
Ketua Jabatan Perniagaan & Operasi
Kumpulan Teknologi USAINS