Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Puan,
PERMOHONAN TEMPAHAN VIP LOUNGE DAN BILIK PERSIDANGAN CANSELORI 2 (CCR 2), ARAS 6, BANGUNAN CANSELORI
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
Pusat Perancangan Institusi & Strategik (IPSC) akan mengadakan Makmal Pembangunan Strategik Inisiatif Bersifat Game-Changer untuk Peningkatan Prestasi USM Dalam Sistem Penarafan dan Penilaian (Ranking & Rating) Utama seperti maklumat berikut :
Tarikh : 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Lokasi : VIP Lounge dan Bilik Persidangan Canselori 2 (CCR 2), Aras 6, Bangunan Canselori
Sehubungan itu, pihak IPSC ingin membuat permohonan tempahan VIP Lounge dan Bilik Persidangan Canselori 2 (CCR 2), Aras 6, Bangunan Canselori. Pihak IPSC juga ingin memohon kebenaran untuk masuk ke ruangan yang telah di tempah mulai 30 September 2024 (Isnin), jam 2.00 petang untuk persediaan tempat.
Perhatian dan kerjasama pihak puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
Norashikin Binti Yusoff
Pusat Perancangan Institusi & Strategik
Institutional Planning & Strategic Center (IPSC)
Universiti Sains Malaysia
11800 USM,Penang
Tel : +604-653 3794
Faks: +604-6534961
Emel :