Assalamualaikum Puan Fazilina,
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Pihak Seksyen Pengurusan Perakaunan Jabatan Bendahari ingin membuat tempahan Bilik Persidangan Canselori , Aras 6, Bangunan Canselori pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 21 Mei 2024 (Selasa)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Tujuan : Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan & Akaun (JPKA)
yang dipengerusikan oleh Naib Canselor
3. Bantuan dan kerjasama daripada pihak puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
Hazirah Mohamad
(HAZIRAH BINTI MOHAMAD)
Pembantu Setiausaha Pejabat
Aras 3, Jabatan Bendahari
Bangunan Canselori
Universiti Sains Malaysia
11800 USM
Pulau Pinang