Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Untuk makluman pihak puan, Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam
(ISDEV) berhasrat untuk mengadakan satu majlis serahan Van Dakwah dan Cek Contoh
(Mock Cheque) diadakan seperti maklumat berikut:
Perkara : Majlis Serahan Van Dakwah dan Cek Contoh PNB & AWSB
Tarikh : 8 Ogos 2024
Masa : 2:00 petang sehingga 5:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat CCR, Aras 6, Canselori, USM Pulau Pinang.
3. Sehubungan dengan itu, ISDEV memohon untuk menggunakan Bilik Persidangan
Canselori (CCR), Aras 6 dan ruang rehat di situ untuk majlis tersebut.
Pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan berhubung perkara ini amatlah
diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, wassalam.
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
(PROFESOR MADYA DR. SHAHIR AKRAM HASSAN)
Pengarah